Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mohd. Ismail KP Jabatan Politeknik baharu

PUTRAJAYA 14 Julai - Kementerian Pendidikan Tinggi mengumumkan pelantikan Datuk Dr. Mohd. Ismail Abd. Aziz sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) yang baharu berkuatkuasa 4 Julai lalu.

MOHD. ISMAIL
MOHD. ISMAIL

Kementerian itu dalam kenyataan memaklumkan, Mohd. Ismail, 59, sebelum ini merupakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bermula pada 2013 hingga 2017.

"Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan daripada Universiti New South Wales, Sydney, Australia. Selain itu, beliau memiliki Ijazah Sarjana Matematik dan Sistem Kawalan Moden dari Universiti Loughborough, United Kingdom dan lulusan Ijazah Doktor Falsafah Universiti City, London.

"Berdasarkan rekod perkhidmatan, kepimpinan dan pendidikan yang cemerlang, pihak kementerian yakin kemampuan Mohd. Ismail dalam memacu kejayaan serta kecemerlangan di JPP," kata kenyataan itu hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain