MOHD. ASHRAF MUSTAQIM
MOHD. ASHRAF

Mohd. Ashraf Mustaqim juga merupakan bekas Naib Pengerusi GPMS Wilayah Persekutuan 2012/2015 dan pernah bertanding sebagai calon Parlimen Paya Besar mewakili Pakatan Harapan pada pilihan raya umum lalu.

Menurutnya, tujuan bertanding adalah bagi membawa arah tuju yang lebih jelas dalam meningkatkan lagi martabat dan kemantapan susur galur perjuangan GPMS.

"Sebagai sebuah gabungan yang tertua sejak 1948, GPMS menggalakkan intelektualisma dalam kalangan orang Melayu. Maju mundur kaya miskin hina mulia sesuatu bangsa terletak kepada intelektual. Kita akan berusaha meningkatkan kembali gagasan penyatuan anak bangsa yang bersedia.

"Seiring slogan Belajar Terus Belajar. GPMS adalah gedung melahirkan pemimpin. Gagasan tersebut perlu dikembalikan. Kita nak pastikan nama GPMS kembali meniti di bibir anak Melayu dan institusi pendidikan tinggi,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog dan taklimat Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) bersama ahli GPMS Pahang di sini hari ini.

Sementara itu, exco GPMS, Dr. Mohamad Erhan Rahimi Abdul Rahman menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden pada persidangan yang akan diadakan di Kedah. - UTUSAN ONLINE