Datuk Seri Mohammad Mentek
Datuk Seri Mohammad Mentek 

MKD berkata, Mohammad merupakan Ketua Setiausaha Kementerian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 2015 dan beliau berkelulusan Sarjana Statistik dari Universiti Minnesota, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Matematik universiti yang sama.

“Jayaselan K. Navaratnam pula dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah SPNB yang baharu berkuat kuasa 8 Februari 2019,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau merupakan Ketua Pengarah (Pegawai Tadbir dan Diplomatik) Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. - UTUSAN ONLINE