Sehubungan itu, Mohamed Apandi menjelaskan, beliau tidak masuk ke pejabatnya di Jabatan Peguam Negara hari ini.


“Tidak...saya bercuti tanpa rekod,” katanya ringkas menerusi kiriman aplikasi WhatsApp kepada Utusan Malaysia hari ini.


Tinjauan Utusan Malaysia sehingga pukul 10 pagi ini mendapati Mohamed Apandi termasuk kereta rasminya tidak muncul di pekarangan Jabatan Peguam Negara.


Semalam, beliau bertugas seperti biasa dengan dilihat masuk ke pejabat pada pukul 8.30 pagi.


Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan, Mohamed Apandi telah diarahkan bercuti serta-merta bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadapnya.