Majlis pemakaian tersebut disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dengan disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohammad Mentek di sini hari ini.


Mohammad Hamdan berkata, beliau mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan bagi memikul tanggungjawab besar itu dalam usaha memoden dan mengantarabangsakan perkhidmatan bomba.


“Ini adalah satu penghargaan yang cukup besar diberikan kepada saya untuk memikul amanah yang sangat mencabar,” katanya kepada pemberita di sini.


Mohammad Hamdan berkata, antara perkara yang akan diberi keutamaan ialah usaha untuk memartabatkan dan memperkasakan perkhidmatan kebombaan serta keselamatan kebakaran melalui sasaran masa tindak balas (respon time) dan keberkesanan terhadap respon time apabila berlakunya kes kecemasan.- UTUSAN ONLINE.