Mohamad Fauzi yang sebelum ini merupakan Pengarah Kanan, Seksyen Integriti, Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri menggantikan Datuk Azmi Kamarudin yang bertukar Timbalan Pengarah Perisikan SPRM di ibu pejabat.

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah SPRM negeri itu diadakan di Bilik Gerakan Kompleks SPRM Pahang di Indera Mahkota di sini hari ini.

Majlis disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Jaffar Mahad.

Sementara itu, Mohamad Fauzi berterima kasih kepada pengurusan tertinggi suruhanjaya berkenaan kerana memberikan kepercayaan kepadanya untuk menerajui SPRM negeri.

“Sesungguhnya jawatan ini adalah amanah Allah SWT. kepada saya untuk menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh berintegriti,” katanya. UTUSAN ONLINE