Mohamad, 56, menggantikan Muhamad Zaki, 54, yang akan mengambil alih jawatannya di Bukit Aman.

Mohamad mula berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia pada 1990 dan pernah menerajui Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, Selangor serta menjadi Timbalan Komandan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri pagi tadi disaksikan Ketua Polis negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin. - UTUSAN ONLINE