Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, bagi mencapai sasaran yang ditetapkan itu, sebanyak 100,000 rumah perlu dibina setiap tahun namun beliau yakin kerajaan Pakatan Harapan dapat membina lebih daripada jumlah ditetapkan itu.

“Ini kerana, usaha membina rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat bukan sahaja menjadi matlamat kerajaan Persekutuan malah semua kerajaan negeri berusaha ke arah itu.

“Dengan harga ditawarkan hanya RM40,000 maka tiada sebab kenapa kita tidak boleh bina cukup rumah seperti yang kita janjikan kepada rakyat seterusnya membolehkan rakyat miskin memiliki rumah sendiri dan hidup lebih selesa,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Pelancaran Program Rumah Peduli Negeri Melaka sempena lawatan kerjanya ke Melaka di Lipat Kajang, di sini, hari ini.

Yang turut hadir isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Ketua Menteri, Adly Zahari dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hasim Hasan.

Jelas Dr. Mahathir, walaupun ada sesetengah janji yang kerajaan gagal tunaikan namun janji berkenaan isu perumahan akan cuba ditunaikan sebaik mungkin demi rakyat. - UTUSAN ONLINE