Program yang dirasmikan oleh Ketua Kompleks Sri Utusan, Farrouq Affendi Mamat ber­tujuan meningkatkan ke­se­daran terhadap pengetahuan berkaitan sistem kerja selamat.

Farrouq berkata, program itu turut meningkatkan penge­tahuan petugas mengenai akta dan peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

“Program ini dimulakan de­ngan Latihan Pengusian Bangunan, Ceramah Keselamatan Kebakaran, Ceramah Penjagaan dan Ceramah Skim Bencana Pekerjaan Perkeso Kajang.

“Selain, pelbagai aktiviti juga diadakan seperti pemeriksaan kesihatan percuma oleh Hospital Islam AlZaharrah Bangi dan pameran keselamatan dan kesihatan,” ujarnya selepas perasmian program itu semalam.

Yang turut hadir Pengerusi Kawalan Kebakaran Sri Utusan, Rosman Zulkifli dan Pengurus Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Utusan Melayu, Lokman Zainal Abidin.