Majlis anugerah yang ke-13 bertemakan 'Memupuk Usahawan India' itu, turut mendapat kerjasama daripada Social Entrepreneurs Network (SeNet).

M. Mathuraiveran
M. Mathuraiveran 

Pengerusi MIEC, M. Mathuraiveran berkata, Perdana YIEA yang diperkenalkan sejak 2004, menyediakan platform kompetitif kepada usahawan muda India bersaing dalam arena perniagaan yang semakin mencabar.

“Anugerah ini mengiktiraf pencapaian usahawan muda India cemerlang yang telah berjaya dalam perniagaan mereka.

“Tujuan utama menganjurkan anugerah sedemikian adalah untuk menghargai semangat keusahawanan dalam kalangan golongan muda dan menggalakkan belia India membina perniagaan mereka serta terus menyumbang kepada ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. - UTUSAN ONLINE