Unit Komunikasi Koprorat MESTECC dalam kenyataan hari ini berkata sehubungan itu, sebarang urusan rasmi hendaklah menggunakan nama tersebut.

Selepas Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14) lepas, keseluruhan komponen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), sektor tenaga dan teknologi hijau Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) serta Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah disusun semula bagi membentuk MESTECC.

Menurut kenyataan itu, Sektor Sains dan Teknologi terletak di Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, manakala Sektor Tenaga dan Alam Sekitar terletak di Kompleks Kerajaan Parcel E.

MESTECC boleh dihubungi di talian 03-8000 8000 dan fax 03-8888 9070, manakala laman sesawang kementerian itu boleh dilayari di www.mestecc.gov.my. - BERNAMA