Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata,

ia akan membawa mesej bahawa rakyat di negara ini memilih jalan kedamaian berbanding keganasan dan kebencian.

“Dalam masa yang singkat kita berjaya menggerakkannya (program solidariti) dan insya-Allah, kita punya simbol iaitu burung merpati dan bunga raya akan menjadi simbol kepada kedamaian versi Malaysia kepada dunia.

“Deklarasi Kedamaian Kuala Lumpur 2019 akan menjadi deklarasi yang kita akan bawa ke mana -mana. Kita minta juga media supaya uar-uarkan deklarasi kita ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Solidariti Kedamaian dan pelancaran Deklarasi Kedamaian Kuala Lumpur 2019 di Dataran Merdeka di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE