Solat Jumaat diimamkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Turut hadir Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu dan Panglima Dua Briged, Datuk Mohd. Nizam Jaafar dan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi.

Dalam khutbahnya, Mohamad menegaskan umat Islam perlu melakukan pengislahan atau pembaharuan serta pembetulkan segala kesilapan-kesilapan yang lalu dengan kembali mengamalkan ajaran Islam yang sebenar

Menurutnya, ini kerana umat Islam seluruh dunia hari ini ketingalan dalam segala bidang akibat berpecah belah sedangkan sepatutnya orang Islam menerajui dunia.

Beliau berkata, orang Islam harus mengkaji, merendah diri dan meminta ampun kepada Allah dengan apa yang berlaku serta mengaku tidak memenuhi ajaran yang ditentukan oleh yang maha berkuasa.

“Apa yang berlaku kepada umat Islam di seluruh dunia hari ini harus menjadi pengajaran kepada kita, sama ada pihak yang berkuasa atau tidak berkuasa, renung dan lihat dan sanggup membuat pengislahan atau pembaharuan supaya kita kembali memimpin di atas muka bumi ini.

“Kita kena mengakui kelemahan dan bersama-sama memperbetulkan kesilapan sama ada pimpinan secara hak atau umat Islam yang lain secara umum,” katanya.

Selepas menunaikan solat Jumaat, Mohamad bergambar dan beramah mesra bersama pegawai dan anggota RAMD. - UTUSAN ONLINE