Penasihat syarikat Big Blue Taxi Facilities Sdn. Bhd., Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, isu tersebut yang telah dibangkitkan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Tony Pua perlu diselesaikan segera bagi membela nasib pemandu-pemandu teksi.

Bantahan di depan MOF
KIRA-KIRA 300 pemandu teksi mengadakan demonstrasi bagi membantah cadangan menggantikan bas di stesen-stesen transit aliran ringan (LRT) dengan perkhidmatan Grab di Bangunan Kementerian Kewangan hari ini. - UTUSAN ONLINE/RASHID MAHFOF

“Kita hendak selesaikan masalah ini, kita tidak mahu bercakap dengan Tony dan orang lain kami nak cakap dengan menteri sahaja sebab isu ini dibawa oleh setiausaha politik beliau dan kami tidak tahu kenapa beliau lagi berkuasa daripada menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bertemu dengan wakil Kementerian Kewangan iaitu Setiausaha Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasinya, Suhaili Ahmad di sini hari ini.

Bantahan pemandu teksi terhadap Grab
KIRA-KIRA 300 pemandu teksi mengadakan demonstrasi bagi membantah cadangan menggantikan bas di stesen-stesen transit aliran ringan (LRT) dengan perkhidmatan Grab di Bangunan Kementerian Kewangan hari ini. - UTUSAN ONLINE/RASHID MAHFOF

Terdahulu, beliau mengetuai kira-kira 300 pemandu teksi berdemonstrasi bagi membantah cadangan tersebut.

Jumpa wakil kementerian kewangan
KIRA-KIRA 300 pemandu teksi mengadakan demonstrasi bagi membantah cadangan menggantikan bas di stesen-stesen transit aliran ringan (LRT) dengan perkhidmatan Grab di Bangunan Kementerian Kewangan hari ini. - UTUSAN ONLINE/RASHID MAHFOF

Menurut Shamsubahrin, pihaknya bimbang sekiranya Grab dibenarkan untuk menggantikan penggunaan bas di kawasan tersebut bakal menjejaskan periuk nasi pemandu teksi terutamanya yang mencari rezeki di stesen LRT. - UTUSAN ONLINE