Hamzah berkata, polisi yang dilakukan kerajaan bersifat manpan termasuk penetapan harga petrol dan diesel setiap minggu berdasarkan harga pasaran.

“Apakah masalah-masalah mereka (pengusaha) sebenarnya? Bila kita melakukan sesuatu kita kena ambil kira bukan hanya kepada mereka semata-mata.

“Tapi kita mahu pengguna juga menikmati apa yang kerajaan lakukan,” kata Hamzah dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2017 hari ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz sebelum ini berkata penurunan harga minyak tiga minggu berturut-turut menyebabkan pengusaha stesen minyak mengalami kerugian.

Ada ia mungkin menyebabkan ada pengusaha terpaksa mengambil keputusan menamatkan perniagaan. - UTUSAN ONLINE