SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH
SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH

Titah baginda, pengundi lebih mengutamakan aspek tadbir urus yang baik dan defisit keyakinan berlaku kerana faktor-faktor rasuah dan salah guna kuasa.

Baginda bertitah, pengundi mahukan tadbir urus yang berpaksikan undang-undang dan tidak kepada karisma seseorang individu.

“Sentimen pengundi wajib dibaca secara tepat oleh kerajaan yang telah diberikan mandat memerintah.

“Sentimen pengundi juga wajib dijadikan panduan kepada parti-parti politik yang berusaha untuk meneruskan jangka hayatnya.

“Sentimen pengundi yang lebih menumpukan kepada tadbir urus yang baik lagi telus dan semakin kurangnya daya pengaruh isu-isu sensasi berteraskan agama dan kaum membuka ruang luas untuk budaya politik di negara ini dapat dibangunkan atas penyebut atau denominator yang sama,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah ketika melancarkan buku Reflections on Malaysian Unity and Other Challengers tulisan Dr. Chandra Muzaffar di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE