Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, dokumen-dokumen berkaitan RUU berkenaan telah diserahkan kepadanya untuk diteliti, seterusnya dibawa kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan, sebelum dibentang kepada Jemaah Menteri untuk persetujuan dan kelulusan.

LIEW VUI KEONG
LIEW VUI KEONG

‘‘Saya kini meneliti draf rang undang-undang tersebut yang telah siap. Ia boleh dibentang dengan cepat jika ada kesungguhan, saya menjangka pada tahun ini juga. Untuk sesi persidangan (Parlimen) bulan Mac mungkin tidak sempat kerana terlalu suntuk, tapi kita melihat kemungkinan bulan Julai dan Oktober.

‘‘Ia boleh dibuat cepat sekiranya semua kertas berkaitan telah siap. Ini adalah rang undang-undang mengenai ‘stalking’, mengintai dan menghendap,’’ katanya kepada wartawan di luar persidangan Rantau Asia Kepimpinan Politik Wanita: Mewujudkan Perubahan Positif di bangunan Parlimen hari ini.

Vui Keong berkata, pada masa ini, pihak berkuasa perlu bergantung kepada undang-undang berkaitan ugutan jenayah atau serangan, yang di bawah undang-undang berkenaan, pe­salah perlu menyentuh, mengugut dan menyerang mangsa terlebih dahulu sebelum tindakan boleh diambil terhadapnya manakala mangsa pula perlu mengemukakan klip video sebagai bukti kesalahan jenayah berlaku.

Vui Keong menarik perhatian, kajian mendapati, apabila mangsa menerima pelbagai tekanan akibat diintai dan dihendap, terdapat kemungkinan tinggi untuk individu tersebut membunuh diri dan kerana itu tindakan kepada pesalah intai dan hendap perlu dilaksanakan. – BERNAMA

‘‘Mereka (suspek) boleh menggunakan telefon bimbit pesanan ringkas WhatsApp, media sosial untuk memberikan tekanan kepada mangsa. Jadi dengan adanya undang-undang ini kelak, kita tidak payah tunggu sampai dia sentuh, pukul ataupun melakukan sesuatu terhadap wanita atau individu tersebut...Sekiranya dilakukan kerap, polis boleh ambil tindakan,’’ katanya.

Liew menarik perhatian, hasil kajian turut mendapati, apabila mangsa menerima pelbagai tekanan akibat diintai dan dihendap, terdapat kemungkinan tinggi untuk individu tersebut membunuh diri dan kerana itu tindakan kepada pesalah intai dan hendap perlu dilakukan.

Tegasnya, undang-undang yang bakal dilalaksanakan itu juga antara satu bentuk pencegahan sebelum sesuatu jenayah berlaku kepada mana-mana mangsa yang mungkin telah diintai dan dihendap beberapa kali atau berbulan-bulan lamanya.

‘‘Janganlah tunggu sampai sesuatu berlaku baru tertindak. Kadangkala dalam kes ini, biasanya apabila dia telah pun menghendap ataupun mengintai seseorang, akan ada satu tahap di mana dia akan melakukan sesuatu yang lebih ganas daripada sebelum itu.

‘‘Kita tidak mahu tunggu sampai keganasan itu berlaku dan keselamatan wanita itu terjejas. Jadi kita mesti ada satu undang-undang untuk menjaga keselamatan kaum wanita kita,” tambahnya. – BERNAMA