Perjalanan dari Melaka ke Putrajaya hari ini berjalan dengan lancar dan mengambil masa kira-kira hampir 2 jam dengan menaiki bas melalui jalan lebuh raya.

Terdahulu, seramai 24 peserta yang terdiri dari pelbagai agensi media itu berpeluang meneroka kawasan resort eksklusif seluas 55 hektar sebelum menjamu lebih 100 buah durian termasuk rambutan dan manggis.

Resort yang menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan itu begitu unik kerana turut dikelilingi oleh lebih dari 400 pokok buah-buahan tempatan yang boleh dinikmati secara percuma oleh pengunjung yang menginap di situ.

Para pengunjung juga berpeluang melakukan pelbagai aktiviti yang menyihatkan seperti yoga, Tai Chi, bersantai di spa sambil melihat keindahan alam dan melakukan speloterapi di bilik garam dimana garam kristal yang diimport dari Himalaya yang memberi kesan baik kepada kesihatan seperti meningkatkan kapasiti paru-paru, melegakan sinus, migrain dan alergi.

Resort ini juga menyedia khidmat pakar nutrisi yang bekerjasama dengan pasukan perubatan antarabangsa dalam membimbing para pengunjung untuk mengamalkan gaya hidup sihat malah pengunjung juga dapat membuat pakej sendiri mengikut keutamaan seperti pakej kesihatan dan pengurusan berat badan.

Kawasan diwujudkan pada 2015 itu menerapkan konsep alam sekitar dan teknologi hijau yang menggunakan sistem air solar dalam sistem pemanasan air yang dapat mengurangkan radiasi berbanding menggunakan sistem pemanasan elektrikal.

Sehubungan itu, bagi sesiapa yang ingin membuat sebarang tempahan boleh dilakukan di talian 06-5528999 dengan harga sebuah suites bermula dari RM699++.

Bagi keterangan lanjut mengenai resort boleh melayari laman web www.orchardwellness.com dan like Facebook di page The Orchard Wellness. - UTUSAN ONLINE