Perkara itu dijelaskan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu media menjadi suara rakyat yang bebas memberi pandangan dan teguran berkaitan sesuatu isu.

Menurutnya, sesebuah negara dan sessorang pemimpin akan rosak sekiranya terlalu bergantung kepada media pengampu yang hanya pandai memuji.

“Media berhak menegur dan mengkritik kerajaan yang ada sekarang kerana mereka (kerajaan) dipilih oleh rakyat dengan sumbangan daripada pihak media.

“Pemimpin PH juga tak boleh melenting sekiranya dikritik tetapi bersedia untuk menjawab kritikan yang diberi dengan hujah yang mantap,” katanya di hadapan hampir 5,000 orang pada pidato umum di Seberang Jaya di sini malam tadi.

Pada masa sama Anwar mendesak kerajaan negeri Pulau Pinang agar memgutamakan projek perumahan terutama untuk golongan berpendapatan rendah.

Jelasnya, sebelum ini ia sukar dilaksanakan kerana perbezaan pentadbiran antara kerajaan pusat dan negeri tetapi kini ia telah berubah jadi pasti tiada masalah untuk direalisasikan. - UTUSAN ONLINE