Panel Penilai HSKU, Prof. Dr. Nor­hayati Ab. Rahman berkata, masalah ruangan terhad dalam media konvensional juga antara faktor penulis, terutama golongan muda, beralih kepada menghasilkan karya mereka menggunakan media baharu.

“Kategori ini mula diperkenalkan pada tahun 2016 dan sambutannya agak menggalakkan terutama bagi penulis muda.

NORHAYATI AB. RAHMAN
NORHAYATI AB. RAHMAN 

“Kenyataan ini dapat dibuktikan apabila pemenang bagi kategori ini kebanyakannya adalah golongan muda,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya lagi, antara kelebihan media baharu adalah pembaca mempunyai pilihan untuk membaca karya-karya tersebut sama ada secara elektronik atau siber.

Jelas Norhayati, menerusi HSKU kali ini pihaknya telah menerima 39 buah karya untuk dinilai dan kebanyakannya mengutarakan persoalan mengenai penggunaan media baharu dalam masyarakat.