Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, perkara tersebut sudah diputuskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri pada Rabu lalu dan masa ini keputusan tersebut perlu digazetkan terlebih dahulu.

Enggan memperincikan terlebih dahulu apakah keputusan itu, Amirudin berkata, beliau juga sudah mengadap Sultan Sharafuddin dan berbincang mengenai keputusan berkenaan.

“Saya akan umumkan nanti, kami sudah buat keputusan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan kita harus memutuskan minit tersebut, dalam masa yang sama, saya telah berbincang dengan Sultan Selangor baru-baru ini.

“Insya-Allah saya akan putuskan dalam minggu depan kerana kita perlukan pengesahan minit mesyuarat itu dulu baru kita boleh laksanakan,” katanya ketika ditemui pemberita. – UTUSAN ONLINE