Beliau turut mengakui terdapat beberapa perkara yang boleh diperbaiki kerajaan negeri dalam berhadapan dengan insiden berkenaan.

“Sebagai ketua negeri, saya dengan rendah diri memohon maaf kepada penduduk Pasir Gudang dan berjanji akan berusaha membaiki kelemahan sedia ada.

“Di peringkat kerajaan negeri, kami telah mengambil pelbagai langkah keselamatan dan pencegahan bagi memastikan semua penduduk terjejas mendapat pembelaan sewajarnya dan keselamatan serta kesihatan pelajar terjamin, namun ada beberapa perkara yang mungkin boleh diperbaiki,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Townhall Isu-Isu Semasa Pasir Gudang di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE