Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini turut merasakan perkara itu sebagai proses yang lebih baik.

"Setakat ini saya fikri mahu minta penjelasan Menteri Besar Johor (Sahruddin). Itu proses lebih baik," katanya ringkas dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Istana Johor tiada hak untuk campur tangan dalam urusan penentuan had umur belia di negeri berkenaan.

Sekiranya didapati ada campur tangan istana, Dr. Mahathir malah menegaskan kerajaan akan membatalkan keputusan kerajaan negeri yang mengekalkan had umur belia pada usia 40 tahun. - UTUSAN ONLINE