SALAHUDDIN AYUB
SALAHUDDIN AYUB 

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub yang memaklumkan perkara itu berkata, beliau bagaimanapun tidak boleh mengumumkan agensi tersebut.

Hal ini kerana, katanya, perkara berkenaan perlu menunggu kelulusan daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Apa yang saya boleh katakan, insya-Allah Mazlan akan menjawat jawatan pengerusi dalam agensi penting di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Ini sebagai penghargaan kepada Mazlan yang banyak berjuang terutama bagi membela nasib warga peneroka di negara ini," katanya dalam program Bicara Bersama Menteri pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ketiga Amanah di Dewan Tun Abdul Razak, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE