Beliau berkata, pihak pengurusan universiti tidak seharusnya berdiam diri atau mengambil jalan selamat apabila mahasiswa diserang oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Tegasnya, perkara itu boleh berulang di kampus lain asbab daripada sikap sambil lewa oleh naib canselor di universiti.

"Semua Naib Canselor khasnya wajar mempamerkan sikap mengutuk tindakan tidak beradab sekumpulan individu yang menyerang mahasiswa tersebut.

"Kita tidak boleh gentar dan takut dalam menyatakan kebenaran atas nama prinsip keluhuran sebuah gedung ilmu bernama universiti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau dipercayai mengulas mengenai tindakan kasar oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dan beberapa penyokong Datuk Seri Najib Razak yang bertindak kasar terhadap tujuh pelajar di hadapan Restoran Amjal berhampiran Universiti Malaya (UM) pada Jumaat lalu.

Jelas Lokman, beliau bertindak merampas dan mengoyak poster yang dipegang sekumpulan pelajar tersebut kerana tertera gambar pemimpinnya. - UTUSAN ONLINE