Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Masyarakat perlu dorong asnaf jadi muslim berpersonaliti baik

RAJA Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) berkenan
RAJA Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) berkenan bergambar bersama para murid yng nenerima sumbangan beg sekolah pada program The Winning Formula anjuran bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Petronas Dagangan Berhad (PDB) di Perumahan Awam Arau, semalam. - BERNAMA

ARAU 19 Mei - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya masyarakat memberi dorongan berterusan kepada golongan asnaf untuk menjadi muslim yang memiliki personaliti baik dan berwibawa.

Menurut baginda, asnaf yang disantuni dalam keadaan sakit hendaklah terus dibantu dan didorong agar mereka dapat menunaikan kewajipan seperti berpuasa, solat dan berkeinginan menyertai majlis-majlis bersama masyarakat.

"Kita juga harus berikan bantuan dan sokongan agar mereka keluar dari kepompong kemiskinan sehingga mampu mengeluarkan zakat dan menunaikan haji," titah baginda pada program ''The Winning Formula'' anjuran bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Petronas Dagangan Berhad (PDB) di Perumahan Awam Arau di sini, malam tadi.

Hadir sama pada program itu Ketua Bahagian Komunikasi Strategik PDB, Ruziah Azdi Abd Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Noor.

Seramai lima pengamal media dari Medan, Indonesia dan lapan dari Selatan Thailand yang menghadiri ''Forum Media IMT-GT'' sempena sambutan keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-74 turut hadir.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah majlis itu sedaya upaya menerapkan keinginan dalam diri setiap asnaf untuk keluar dari kepompong kemiskinan serta melaksanakan perintah-perintah agama seperti yang terkandung dalam Rukun Islam.

"Jika diamati, perintah yang diwajibkan adalah penanda aras bagi penganut Islam. Orang Islam yang baik sentiasa menunaikan solat, bersyukur dengan nikmat Allah, berpuasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan fardu haji," titah baginda.

Pada program itu MAIPs mengagihkan zakat berjumlah RM35,400 kepada 59 orang asnaf yang menerima RM600 seorang manakala PDB pula menyumbangkan wang tunai dan barang keperluan dapur. - BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain