Sehubungan itu, Najib berkata, beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama membangunkan negara ini.

“Sesungguhnya Malaysia ialah rumah untuk kita dan semua pihak telah memainkan peranan dalam membina negara ini terutamanya masyarakat Cina.

“Sumbangan besar mereka dalam aspek ekonomi serta budaya sangat jelas dan saya mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Cina yang bersama-sama memainkan peranan membina negara ini sejak merdeka,” katanya menerusi perutusan sempena Tahun Baru Cina 2018 di blog beliau hari ini. - UTUSAN ONLINE