Beliau berkata, Kabinet pa­da mesyuarat hari ini telah membincangkan isu ECRL dan membuat keputusan untuk me­nerima pakai kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa ia akan dirundingkan dengan mengambil kira sensitiviti kontrak itu.

“Kami patut membenarkan rundingan diadakan yang kini akan diadakan antara kerajaan dengan kerajaan, dan jauh daripada tumpuan awam. Saya menggesa pihak media untuk menunggu kenyataan rasmi dikeluarkan kerajaan Malaysia apabila kami telah bersedia,” katanya.

Semalam, Dr Mahathir berkata, belum ada keputusan muktamad dibuat berhubung projek ECRL, dan kedua-dua negara masih berunding mengenai perkara itu.

China Communications Construction Co Ltd. (CCCC) ialah kontraktor utama projek rel mega itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas me­nyampaikan cek RM20 juta kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk Kempen Beli Barangan Malaysia di sini hari ini. Cek itu diterima oleh menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Guan Eng berkata, Kabinet turut memutuskan hanya Dr. Mahathir akan mengeluarkan kenyataan berkaitan projek ECRL. – BERNAMA