Timbalan Perdana Menteri berkata, sehubungan itu kerajaan akan mengadakan persidangan pada 8 Ogos ini bagi membincangkan dan merumuskan berhubung perkara itu.

Menurutnya, beliau telah pun beberapa kali maklumkan sebelum ini bahawa terdapat beberapa perkara teknikal yang perlu diperhalusi termasuk peraturan KWSP.

“Mengikut Seksyen 51 Peraturan KWSP, tidak boleh disentuh caruman yang diberikan suami (11 peratus).

“Ketika ini, apa yang ada ialah Skim Persaraan 1Malaysia yang mana suami boleh secara sukarela akan memberi RM250 setahun,” katanya dalam sidang pada program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri ke Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin. - UTUSAN ONLINE.