Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Kabinet juga telah bersetuju untuk menaikkan komisyen bagi bahan bakar itu sebanyak tiga sen dan jumlah kenaikan tersebut adalah tinggi.

"Jumlah kenaikan komisyen ini mencukupi untuk menampung jumlah kerugian yang ditanggung pengusaha.

"Menerusi kenyataan (pengusaha stesen minyak) nampaknya mereka bersetuju untuk menerima cara ini (kenaikan komisyen) dan saya fikir ini adalah cara terbaik yang memberikan situasi menang-menang bagi semua pihak," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan pameran kewangan Marketplace di sini hari ini.

Bermula semalam, harga RON95 serta RON97 diturunkan sebanyak 27 sen menjadi RM1.93 dan RM2.23 seliter manakala harga diesel turun 14 sen menjadi RM2.04 seliter.

Harga runcit produk petroleum akan diselaraskan semula setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM) sejajar dengan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia ketika ini. - UTUSAN ONLINE