Abdul Aziz Abdul Rahman
ABDUL AZIZ

Pengamal undang-undang, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, Seksyen 36 Akta Mara 1966 jelas menyatakan perkara itu tetapi sejak tahun 1966 hingga 2018, tidak ada satu pun projek yang dibangunkan di tanah rizab Melayu.

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri juga tidak mengambil berat tentang isu itu sehinggalah ia dilupakan.

"Banyak cakap kosong, kata nak tolong tapi bila sampai masanya tiada yang tolong. Ini yang menyedihkan.

"Pemimpin dahulu fikir satu cara untuk tolong Melayu ialah dengan membangunkan tanah rizab Melayu dan amanah itu telah diberikan kepada mereka (Mara) tetapi tidak dibuat," dakwanya.

Beliau berkata demikian dalam Konvensyen Karamah Bangsa anjuran Kursi Institusi Raja-Raja Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE