Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Maqis nafi 74 kontena lolos

Maqis jawab tuduhan
MAQIS menjawab dakwaan yang tular di media sosial kononnya sebanyak 74 kontena mengandungi daging telah lolos masuk ke negara ini. - MEDIA SOSIAL/UTUSAN

KUALA LUMPUR 20 Julai – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menafikan berita yang tular di laman sosial mengatakan terdapat 74 kontena yang sudah terlepas daripada pemeriksaan jabatan itu mengandungi daging babi.

Ketua Pengarah Maqis, Datuk Mokhtaruddin Husain berkata, pihaknya tidak berkompromi dengan apa jua yang melibatkan kesihatan, halal dan sebagainya terhadap kemasukan barangan makanan ke negara ini.

“Hanya empat buah kontena sahaja yang telah dirampas di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor baru-baru ini dan hanya satu daripadanya yang bercampur di antara daging babi dan kambing.

“Tiga yang lain memalsukan dokumen pengisytiharan kemasukan kerana mengimport daging daripada Sepanyol dan Brazil kerana seharusnya semua daging adalah di import daripada Australia.

“Justeru, orang ramai jangan was-was dengan daging import yang dibeli kerana pihaknya telah memastikan setiap kemasukan daging tersebut adalah selamat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain