Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, langkah itu akan menyebabkan para pekerja di MAPS akan kehilangan pekerjaan malah akan mengakibatkan kerugian yang lebih besar.

Menurutnya, sebaliknya operasi MAPS akan diteruskan dengan melaksanakan beberapa pelan-pelan pemulihan yang sudah pun menunjukkan hasil.

“Apabila kita buka MAPS secara percuma untuk pengunjung, ia memberikan kesan yang baik dan menjana pendapatan yang mencukupi untuk membayar gaji pekerja dan sebagainya.

“Pihak pengurusan MAPS ada beberapa perancangan dan setakat ini MAPS dalam keadaan terkawal. Ia (pemulihan) mengambil masa, saya fikir kita kena selesaikan masalah hutang hampir setengah bilion ringgit,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika ditemui pemberita selepas majlis peletakan batu asas Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin di Kampung Tersusun, Tanah Hitam, Chemor dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE