Empat cawangan premis pengurup wang syarikat itu yang sedia ada terletak di pusat beli-belah Subang Parade, Pearl Point, KL City Jalan Silang dan Mid Valley Southkey, Johor Bahru.

Pengarah Urusan syarikat, Datuk Abdul Malik Dasthigeer berkata, Malik Maju Sdn. Bhd merupakan syarikat subsidari Malik Streams Corporation Sdn. Bhd yang menjalankan perniagaan perkhidmatan wang berlesen di negara ini sejak 2007.

“Majlis perasmian cawangan kelima dengan enam pekerja ini disempurnakan semalam secara besar-besaran,” katanya kepada Utusan Online hari ini.

Malik Streams Corporation Sdn. Bhd. merupakan syarikat produksi perfileman Hindi dan Tamil terbesar di Malaysia dan berjaya membawa masuk beberapa filem Hindi dan Tamil bertaraf ‘box office’ ke dalam negara.

Antara filem yang dibawa masuk oleh Abdul Malik adalah Kabali, Lingga, Singam 3 dan Dilwale Petta.a-UTUSAN ONLINE