Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Malaysia tumpu hal positif hubungan dengan AS

Amerika Syarikat
PRESIDEN Donald J. Trump yang diapit oleh Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Tan Sri Zulhasnan Rafique dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Tan Sri Zulkifeli Muhammad Zin pada 24 Ogos lalu di Pejabat Oval Presiden, Washington D.C., Amerika Syarikat.

WASHINGTON 10 Sept. - Malaysia melihat secara positif komen-komen negatif dalam media tempatan terhadap pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Donald J Trump di White House yang dijadual pada 13 September ini.

Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Tan Sri Zulhasnan Rafique berkata, Malaysia akan memberi tumpuan kepada perkara yang boleh memberi manfaat dan keuntungan kepada kedua-dua buah negara.

“Inilah yang Perdana Menteri akan lakukan, “ katanya sambil menambah meluahkan pandangan termasuk memberikan komen negatif adalah hal biasa di negara ini yang dijamin dalam Perlembagaan AS.

Beliau yang baru lapan bulan bertugas di AS menyatakan demikian dalam sidang akhbar di Kedutaan Besar Malaysia di sini sempena lawatan Najib ke AS dari 11 September hingga 13 September ini bagi memenuhi jemputan Trump.

Akhbar utama AS seperti New York Times, Washington Post dan Wall Street Journal memberikan komen negatif terhadap lawatan Najib yang mereka sifatkan tidak akan memberi keuntungan kepada kedua-dua pemimpin.

Zulhasnan menegaskan, lawatan kerja Perdana Menteri itu merupakan satu lagi penanda aras di dalam hubungan dua hala Malaysia-AS, selaras dengan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatik dan perkongsian rapat di antara kedua-dua negara.

“Kita mengalu-alukan lawatan ini dan menjangkakan ini akan membawa hubungan dan kerjasama dua hala ke peringkat yang lebih tinggi,” jelasnya.

Tambah beliau, lawatan ini penting kerana mengambil tempat sempena ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatik Malaysia-AS.

“Perdana Menteri telah dijemput oleh Presiden Trump untuk melawat AS di dalam tahun pertama presidensi beliau. Ini melambangkan pentingnya Malaysia bagi AS sebagai salah satu rakan strategiknya di rantau ini.

“Lawatan ini turut melambangkan komitmen Malaysia untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala dengan AS serta kerjasama di dalam isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama,” katanya.

Kata beliau, lawatan tersebut juga dijangka memperkukuhkan lagi Perkongsian Strategik Malaysia-AS yang telah dipersetujui pada tahun 2014 selain menentukan hala tuju hubungan dua hala dan kerjasama antarabangsa di antara kedua-dua negara.

Lawatan ini turut membuka peluang kepada Perdana Menreri untuk menekankan kepentingan Malaysia di dalam perjuangan menentang keganasan, sebagai suara kesederhanaan dan pragmatis, serta sebagai negara majoriti muslim yang dinamik dan progresif, tambah Zulhasnan.

Lawatan kerja tiga hari itu diiringi oleh isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Jeneral (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain