Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memaklumkan, pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah itu diumumkan oleh Ketua Pengarah ISESCO, Dr. Abdulaziz Othman Altwaijri pada Persidangan Umum ISESCO ke-13 yang berlangsung di Rabat, Maghribi semalam.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang turut menghadiri persidangan itu semalam merakamkan penghargaan di atas penghormatan yang diberikan kepada Malaysia menjadi tuan rumah bagi persidangan yang diadakan setiap tiga tahun itu.

“Mazlee berkata, Malaysia komited untuk menganjurkan persidangan tersebut secara efektif ke arah menjayakan matlamat penubuhan ISESCO,” jelas kenyataan itu di sini hari ini.

Maszlee telah mengetengahkan lima perkara utama semasa berucap pada sidang pleno persidangan tersebut.

Antara perkara itu adalah, keperluan melihat punca konflik yang melanda dunia pada hari ini seperti ditegaskan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Perhimpunan Agung PBB ke-73 (UNGA) baru-baru ini.

Selain itu jelas kenyataan tersebut, Malaysia akan terus memberi sokongan padu kepada Palestin dan perjuangan rakyatnya.-UTUSAN ONLINE