AHMAD ZAHID HAMIDI
AHMAD ZAHID HAMIDI

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,  berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), aplikasi itu tidak mengandungi unsur-unsur melibatkan berlakunya jenayah termasuk perbuatan merekrut atau melakukan pembiayaan untuk memperolehi dana bagi aktiviti keganasan.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan, tanggungjawab memantauan Telegram tetap dilakukan tanpa mencampuri perbualan peribadi pengguna aplikasi berkenaan.

“Dalam hal ini,  biarpun Malaysia menghormati langkah dilakukan kerajaan Indonesia, tetapi kita tidak berhasrat untuk melakukan tindakan sama di negara ini,” katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri Aidilfitri Jakel Mall, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.