Perdana Menteri berkata, meskipun ada pembentangan mengenai perkara itu daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia ( Suhakam) namun nilai-nilai yang dipegang oleh Malaysia adalah berbeza dengan masyarakat barat.

“Sistem nilai kita tidak sama dengan barat, kita tidak boleh terima LGBT serta perkahwinan sesama lelaki atau sesama wanita,” katanya

dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di sini hari ini.

Sementara itu, dalam sidang akhbar yang sama, Dr. Mahathir memberitahu, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan ditukarkan menjadi Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) untuk bertindak

sebagai sebuah badan pemantau bebas yang lebih holistik.

“Biro Pengaduan Awam (BPA) pula ditukar status sebagai Ombudsman Malaysia. Bagi tujuan ini, Akta Ombudsman berkaitan penubuhan Ombudsman ke arah pengurusan aduan awam yang lebih efektif di Malaysia akan digubal,” katanya. - UTUSAN ONLINE