Terpanggil menyokong kenyataan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang megulas isu LGBT di Cambridge Union di London semalam, Marzuki menegaskan, rakyat berpendirian negara harus berpegang kepada prinsip-prinsip Perlembagaan, Raja-Raja dan agama Islam sebagai agama rasmi.

“Malaysia sebagai sebuah negara Islam, tetap kekal dengan pendiriannya berhubung LGBT.

“Maka, perkara-perkara yang menyalahi agama, sudah pasti kita tolak,” kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.

Dalam sesi soal jawab di Cambridge Union itu, Dr. Mahathir yang dalam rangka lawatan kerja tiga hari di London menarik perhatian mengenai tekanan daripada daripada negara-negara Barat yang seringkali dilihat memaksa negara-negara lain menerima apa yang dilakukan mereka, umpamanya berkenaan komunisme, kapitalisme, sosialisme dan juga gaya hidup songsang LGBT.

Tegas Perdana Menteri, LGBT adalah suatu perubahan daripada segi nilai moral Barat dan mereka mahu memaksa gaya hidup itu pada negara-negara lain. - UTUSAN ONLINE