Majlis penyampaian sumbangan untuk mangsa-mangsa berkenaan disempurnakan oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah kepada Duta Jepun ke Malaysia, Dr. Makio Miyagawa di Wisma Putra di sini hari ini.

Menurut Saifuddin, kerajaan Malaysia menzahirkan rasa simpati dan takziah terhadap ahli keluarga mangsa-mangsa di kawasan tengah dan barat daya Jepun itu yang mana bencana berkenaan mengakibatkan kira-kira 200 orang terkorban dan ramai tercedera.

“Malaysia berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu usaha pemulihan di kawasan-kawasan yang terjejas,” katanya dalam majlis berkenaan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE