ANIFAH AMAN

Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan, mesyuarat itu bertujuan untuk mengenal pasti mekanisme terbaik menangani penularan pengaruh militan Daesh di seluruh dunia.

Kata kenyataan itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang mengetuai delegasi Malaysia dijangka berucap dalam mesyuarat itu dan menyentuh ancaman semasa Daesh dan turut berkongsi pengalaman Malaysia serta usaha pencegahan keganasan.

“Perbincangan mesyuarat itu akan memfokuskan terhadap usaha mengenal pasti mekanisme terbaik ke arah mencegah Daesh daripada terus melancarkan serangan keganasan sehingga meragut ribuan nyawa di seluruh dunia.

“Selain pengaruh Daesh, mesyuarat dihoskan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson itu dijangka membincangkan isu seperti keperluan bantuan kemanusiaan dan pembersihan periuk api serta bantuan penstabilan kawasan di Iraq dan Syria yang pernah ditawan Daesh,” kata kenyataan itu hari ini.