Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Malaysia dan Rusia harus memanfaatkan kepakaran yang berpotensi untuk mewujudkan penambahbaikan terhadap negara masing-masing.

“Selain itu, syarikat-syarikat di Malaysia dengan rakan niaga dari Rusia juga sedang bergerak bersama dalam bidang teknologi tinggi seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bioteknologi dan pertahanan.

“Dalam meraikan hubungan dua hala yang lebih erat, kita harus terus berusaha ke arah meningkatkan lagi hubungan kita dalam semua bidang termasuk politik, ekonomi dan budaya untuk keamanan serta kemakmuran bersama,” katanya ketika berucap dalam majlis pe­rasmian Pameran Malaysia-Rusia Past.Present.Future di sini hari ini.

Yang turut hadir Duta Rusia di Malaysia, Valery Yermolov dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi Balai Seni Negara, Ameruddin Ahmad.

Pameran tersebut akan berlangsung tiga hari bermula hari ini di Balai Seni Visual Negara sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan Rusia.