Perdana Menteri berkata, melalui nilai berkongsi kasih itu, rakyat dapat berkongsi segalanya termasuk politik, kekayaan dan hari raya.

“Inilah keindahan dalam negara ini, yang mana dalam soal perayaan pun kita berkongsi.

“Sebentar tadi, isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) berbisik kepada saya, kongsi kasih tak apa cuma jangan kongsi kasih sayang. Begitu mendalam maksudnya dan itulah mesej yang saya hendak sampaikan,” katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Kongsi Kasih sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang dihadiri kira-kira 3,700 masyarakat pelbagai kaum di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE