TERESA KOK

Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, berikutan itu, kedua-dua negara juga menolak cadangan oleh Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui Kedua (RED II) dan ILUC yang disokong oleh EU berkaitan minyak sawit.

“Kedua-dua negara melahirkan perasaan tidak gembira dengan tindakan EU kerana sebagai negara pengeluar mi­nyak sawit, kita telah melakukan yang terbaik.

“Disebabkan usaha yang kita lakukan tidak dihargai, kedua-dua negara sepakat untuk menolak inisiatif dalam RED II dan ILUC yang disokong oleh EU sebagai bantahan terhadap kempen antiminyak sawit oleh mereka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama Menteri Penyelaras Ekonomi Indonesia, Darmin Nasution selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Teresa turut mengumumkan Malaysia akan menjadi Pengerusi CPOPC untuk tempoh dua tahun bermula 1 Januari depan.