Lapangan Terbang Seletar di republik itu hanya berada dua kilometer di sempadan negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, negara jiran itu dikatakan telah menyiarkan tatacara berkenaan pada 1 Disember lalu dan pelaksanaannya akan dikuatkuasakan pada Januari ini.

Bagaimanapun,jelas Anthony, penyiaran itu dilakukan tanpa kebenaran Malaysia.

“Penyiaran ini bertentangan dengan prinsip hak kedaulatan negara yang diperuntukkan di bawah Konvensyen Penerbangan Sivil Antarabangsa (Konvensyen Chicago) 1944.

“Sehubungan itu, kerajaan melalui Kementerian Luar akan mengeluarkan Nota Bantahan serta-merta kepada pihak Singapura berhubung perlanggaran prinsip kedaulatan negara tersebut,” katanya sewaktu sesi pertanyaan-pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. -UTUSAN ONLINE