Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, persetujuan itu dicapai hasil rundingan bersama Menteri Pertahanan Qatar, Dr. Khalid Mohamed Al-Attiyah hari ini.

“Kita telah bersetuju untuk mengangkat hubungan dua hala kedua-dua negara dalam bidang ketenteraan ke peringkat yang tertinggi melalui HLC.

“Melaluinya Malaysia dan Qatar akan berkongsi perancangan strategik dalam keamanan antarabangsa, berkongsi kepakaran dalam perisikan ketenteraan serta mengadakan latihan bersama,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE