AFP yang memetik Ketua Eksekutif International Asset Group (IAG), Willie Walsh sebagai berkata, tindakan itu diambil ke atas syarikat penerbangan itu mengikut Akta Perlindungan Maklumat United Kingdom (UK).

“Denda yang dikenakan ini adalah bersamaan dengan 1.5 peratus daripada perolehan syarikat itu pada 2017,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif British Airways, Alex Cruz yang terkejut dan kecewa dengan tindakan undang-undang itu berkata, pihaknya tidak menemui sebarang bukti yang mengaitkan dengan pencerobohan itu.

“Apa-apapun, saya bagi pihak syarikat memohon maaf kepada semua pelanggan kami atas segala kesulitan,” katanya. -AFP