Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mereka turut menyuarakan kebimbangan jika ratifikasi berkenaan akan menjejaskan beberapa perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Input yang kita terima mengenai ICERD sebahagian besar (ahli) tak bersetuju, itu nyata dan jelas. Mereka turut menyatakan kebimbangan jika perkara itu membawa kesan kepada perlembagaan.

“Apa-apa pun saya fikir masih ada banyak masa, (jadi) saya tak fikir kerajaan harus terburu-buru dalam soal itu (kerana) tempoh ditetapkan masih lama lagi, jangan terlalu bimbang sangat kerana Pakatan Harapan adalah kerajaan yang bertanggungjawab,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Pagoh berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Osman Sapian dan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik. -UTUSAN ONLINE