MAIWP dalam kenyataan berkata, bantuan itu merangkumi Bantuan Am Pelajaran Institusi Pengajian Tinggi dan Biasiswa Baitulmal atau Insentif Khas Pelajar Cemerlang.

“Bantuan itu bertujuan membantu pelajar daripada segi wang saku, yuran pembelajaran, buku dan keperluan lain yang menjadi keperluan pengajian.

“Selain itu, menerusi bantuan kepada agensi kebajikan iaitu pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pendidikan, MAIWP telah menyalurkan RM1.3 juta kepada 177 institusi pendidikan bagi pelaksanaan program dan aktiviti untuk membantu pelajar kurang berkemampuan,” katanya di sini hari ini.

Kenyataan itu memetik laporan sebuah portal berita hari ini yang bertajuk ‘Pusat Zakat, Baitulmal perlu bantu mahasiswa miskin.

Mengulas lanjut, MAIWP memaklumkan bahawa majlis itu merupakan agensi pengurusan Islam yang bertangggungjawab menguruskan kurtipan serta agihan zakat di Wilayah Persekutuan.

“Zakat yang dikutip menerusi Pusat Pungutan Zakat diagihkan oleh MAIWP menerusi 28 skim bantuan dan program agihan zakat lain secara tidak langsung.

“Agihan menerusi skim bantuan ini dilaksanakan oleh Baitulmal MAIWP yang meliputi aspek keperluan asasi, keusahawanan, kebajikan dan dakwah termasuk bantuan bagi tujuan pendidikan,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE