maips-4
 

Perkara ini dilihat penting agar proses pembangunan yang sedang dirancang atau yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan baik negeri mahupun Persekutuan akan dapat diperkukuhkan melalui peranan yang dimainkan oleh MAIPs.

MAIPs selama ini telah melaksanakan pelbagai inisiatif ke arah memperkukuhkan lagi pembangunan negeri selain giat mengurangkan jurang kemiskinan di kalangan masyarakat.

Inisiatif pembinaan masyarakat Perlis misalnya, seperti pelaksanaan Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs), penawaran biasiswa MAIPs di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Projek Penempatan Taman Desa Asnaf Batu Bertangkup, penawaran Bantuan Pelajaran Dan Dermasiswa MAIPs, pengajaran di Centre of Sunnah serta pelaksanaan program dan ilmu oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) telah mencerminkan komitmen MAIPs yang berterusan.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menerima sumbangan zakat perniagaan daripada Celcom Axiata Berhad berjumlah RM16,460 yang diadakan di Masjid Al Falah Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) di Arau petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan.

Berangkat sama ke program yang disekalikan dengan ‘Hijrah Minda MAIPs kali ke 15 bagi tahun 2019’ ini ialah anakanda baginda Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Ketua Operasi Jualan Wilayah Utara Celcom Axiata Berhad, Akryl Akram Arudin mempersembahkan sumbangan tersebut kepada Tuanku Raja Muda yang berkenan menerima bagi pihak MAIPs.

Turut hadir ialah Mufti Perlis Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pengarah Kolej Matrikulasi Perlis, Mohd Fuad Mohd Noor.

maips-3
 

Baginda yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs menambah bahawa agenda penyediaan modal insan yang berilmu turut menjadi fokus MAIPs apabila menaja 12 pelajar Sarjana dan PhD dalam Kursi Jamalullail MAIPs di Universiti Islam Malaysia (UIM).

Program tajaan 50 pelajar di peringkat PhD (Doktor Falsafah) diteruskan untuk Program Kursi Jamalullail Ke-2 MAIPs di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang telah mendapat limpah perkenan dan disempurnakan pelancarannya oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 7 Februari lalu.

Selain itu, penawaran program latihan kemahiran dan penempatan pekerjaaan oleh Akademi Transformasi Asnaf dan bantuan di bawah ‘Program Peningkatan Ekonomi Asnaf’ adalah antara peranan yang telah dilaksanakan MAIPs selama ini bagi menyokong proses pembangunan negeri dan negara.

Sayugia itu, peranan MAIPs ini harus diangkat ke tahap yang lebih tinggi agar MAIPs terus dapat memberikan kebajikan sekaligus, menyumbang kepada pembangunan negeri yang holistik.

Penyediaan kepada modal insan yang berkemahiran perlu menjadi salah satu fokus MAIPs bagi memperkukuh agenda pembangunan holistik yang unggul.

Di program yang sama pihak MAIPs turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM400 seorang kepada seramai 20 orang pelajar Kolej Matrikulasi Perlis dari dalam dan luar Perlis yang terpilih dari kalangan keluarga asnaf berjumlah penuh RM8,000.